Ini Superman ke SuperNolan? *sebuah review Man of Steel.

Hampir tiga tahun menuggu movie paling dinantikan ini untuk siap. Zack Snyder dengan bantuan dari David S. Goyer dan Christopher Nolan bertungkus lumus menyempurnakan kisah superhero paling tua ini. Adakah semua itu berbaloi? Akan termakbulkan expectation yang sangat tinggi dari peminat mahupun yang mengaku minat kat superhero ni? Dengan hadirnya Christopher Nolan (The Dark Knight Trilogi), sekaligus menjawab persoalan kemana hala tuju jalan cerita movie ini. Superman tidak akan sama seperti selalu. Ini adalah satu nafas baru untuk Superman hirup di dunia yang penuh dengan unsur logikal, atau mungkin, dunia Nolan sendiri. Dalam persefahaman OtakMovie, mereka telah dengan bersungguh-sungguh ingin menjadikan dunia Superman ini lebih realiti walhal kewujudan Superman itu tidak logik langsung. Apa yang OtakMovie rasa selepas menonton movie ini, ya, puas.EFEK KHAS/AKSIWalaupun ada secubit babak yang nampak agak sedikit kartun, tetapi efek dan aksi dalam movie ini tidak boleh dipertikaikan. Pada awal cerita lagi telah ditunjukkan kesan visual yang memukau yang menonjolkan dunia Krypton. Snyder tidak teragak-agak dengan mengambil masa yang lama untuk menceritakan kisah Krypton yang tragik. Dan dalam kisah ini lah digunakan sebaik mungkin kesan visual dengan mengetengahkan bumi Krypton dan makhluk yang terdapat disitu. Babak aksi dalam movie ini pula memang betul-betul dihabis guna dengan alasan Superman adalah superhero yang kebal. Begitu juga dengan makhluk-makhluk Krypton yang lain. Kesemua mereka memang kuat dan dalam movie ini, babak aksi antara mereka adalah diluar batasan. Cuma kadang-kadang banyak kali juga OtakMovie tengok Superman ni suka sangat menghempaskan diri dia dengan musuh kat bangunan-bangunan. Setiap kali terbang, rempuh bangunan. Rasanya mungkin sebab Superman dalam movie ni masih dalam proses nak belajar. Satu lagi, ikutkan rugi jugak tak tengok movie ni dalam IMAX 3D, sebab seperti yang OtakMovie katakan tadi, walaupun movie ni berat, tapi tetap penuh dengan aksi yang sangat padat.SKOR MUZIKHans Zimmer. Muzik yang menyayat hati setiap kali muncul babak sedih, muzik yang mendebarkan setiap kali muncul sekuens aksi, muzik yang merdu setiap kali keindahan di skrin ditunjukkan. Hans Zimmer. Itu saja yang boleh OtakMovie kata.LAKONANOtakMovie boleh senaraikan nama-nama pelakon dalam movie ini yang mana semuanya telah memainkan peranan yang penting. Michael Shannon sebagai General Zod; seorang villains yang sebenarnya mempunyai visi yang noble, tetapi caranya saja yang tidak humble. Zod ingin menyelamatkan bangsanya, tetapi caranya saja yang salah. Keangkuhannya akhirnya menyebabkan beliau menjadi makhluk yang tiada belas ehsan. Dan Michael Shannon berjaya membawa watak ini dengan jayanya tanpa teragak-agak untuk membawanya dengan cara tersendiri. Kevin Costner dan Diane Lane sebagai Jonathan Kent dan Martha Kent. Ibu bapa angkat Clark Kent/Kal-El ini memang sangat optimis dengan kebolehan anaknya. Mereka ini lah penyebab Clark menjadi Superman yang disanjung. Dan Kevin serta Diane, terutama Diane, telah menghidupkan kembali watak ikonik ini dengan meninggalkan kesan kepada penonton.Christopher Meloni dan Richard Schiff sebagai Colonel Nathan Hardy dan Dr. Emil Hamilton. Orang sangka mereka ini hanyalah watak picisan. Tetapi mereka juga antara penggerak jalan cerita movie ini. Meloni dan Schiff telah membuktikan mereka adalah pelakon senior yang tak boleh dipertikaikan kewujudan mereka dalam movie ini. Antje Traue sebagai Faora-Ul. Perwatakan karakter Faora ini agak kabur sedikit. Walaumacamanapun, kekuatan karakter Faora ini turut terasa terutama pada babak yang membabitkan beliau dengan Clark. Laurence Fishburn sebagai Perry White. Sedikit kurang dalam watak Perry ini. Sekalipun begitu, tetap nampak kewibawaannya sebagai Chief Editor untuk Daily Planet.Amy Adams sebagai Lois Lane. Lois dalam movie ini bukanlah seperti Lois yang biasa. Sebagai wartawan yang pernah memenangi anugerah Pulitzer, Lois menunjukkan kebolehannya dalam menyiasat sesuatu perkara contohnya dalam movie ini, Clark Kent. Amy Adams juga tidak skeptikal dalam melakonkan watak ini. Ayelet Zurer dan Russel Crowe sebagai Lara Lor Van dan Jor-El. Lara dalam movie ini menunjukkan kekuatannya sebagai seorang isteri kepada seorang saintis. Beliau tabah sekalipun mengetahui dunianya akan hancur.Begitu juga Jor-El, beliau lah mentor sebenar Clark Kent atau Kal-El. Bapa kepada Superman ini adalah penyebab hidupnya Kal-El sebagai penyelamat di muka bumi. Russel Crowe mungkin tidak mampu menandingi Marlon Brando yang ikonik. Tetapi beliau telah mencipta satu sisi yang berbeza dalam diri Jor-El untuk movie ini. Henry Cavill sebagai Clark Kent/Kal-El/Superman. Ah, kemanalah perginya movie ini kalau tiada watak utama ini. Clark Kent dalam movie ini telah menunjukkan sisi dirinya yang depresi dalam mencari peluang untuk menyembunyikan identitinya yang sebenar. Dan Henry Cavill pula telah berjaya menyarung sut Superman itu dan benar-benar layak untuk menerima watak sebegini. Lupakan saja movie-movie Superman sebelum ini, kerana Clark Kent dalam movie ini sangatlah lain.JALAN CERITAJalan cerita gaya Nolan. Okay, mungkin tak sepenuhnya gaya Nolan, tapi konsepnya tu masih ada. Kalau anda tonton cerita ni, takkan tak boleh nak kaitkan langsung dengan movie Batman Begins. Nolan dan Goyer telah seboleh mungkin menghasilkan skrip yang bagus dan selayaknya untuk francais Superman ini. Mereka tahu cerita Superman memang sebegitu rupa, jauh dari norma kehidupan yang sebenar. Dan disinilah kreativiti terhasil dengan merealisasikan sesuatu yang susah diterjemahkan kepada satu asas yang logik. Mungkin benar Supeman itu adalah alien, jadi mereka gunakan medium 'alien' itu sebagai salah satu kekuatan movie ini. Mereka juga tahu wujud planet Krypton dalam dunia Man of Steel, jadi mereka hasilkan sebuah planet dan menjadikan planet itu sebagai Krypton sekaligus membuatkan kita sedikit terimbas dengan cerita-cerita seperti Star Trek dan John Carter.Mereka tahu misi utama General Zod adalah untuk menjadikan bumi sebagai pengganti planet Krypton, jadi mereka jadikan movie ini ada sedikit ala-ala Armageddon atau movie 2012. Apa yang OtakMovie nak katakan adalah, jalan cerita movie ini adalah secara total menggunakan sebaik mungkin medium yang dipanggil movie 'Superman'. Tiada rasa teragak-agak dari Goyer, Nolan mahupun Snyder untuk mengubah sedikit cerita asal dalam masa sama menambahkan lagi rencah yang sedia ada. Ya, movie ini bukanlah movie yang menunjukkan Superman telah wujud dan pandai dalam membanteras jenayah. Tetapi kehadiran tentera General Zod adalah misi pertama Superman untuk menyelamatkan bumi.Sekalipun Superman dan Zod saling bergaduh, tetapi ikatan tetap dirasai antara mereka kerana mereka sama-sama adalah anak Krypton. Dalam movie ini dapat disaksikan sisi depresi Clark sebagai Superman yang cuba untuk melindungi manusia yang bukan dalam kalangannya, dan cuba menumpaskan bangsanya sendiri. Benar kata Clark dalam movie ini, Krypton telah diberi peluang untuk hidup, tetapi keangkuhan sekali lagi telah menewaskan mereka. Jadi Clark perlu menyesuaikan dirinya dalam dunia angkatnya.KESIMPULANKita tak boleh nak expect yang movie ini akan sama sepeti The Avengers, Iron Man mahupun Batman. Kerana Superman, atau, Man of Steel ini terletak dalam liganya tersendiri. Man of Steel wujud dalam dunia Bruce Wayne, tetapi juga wujud dalam dunia di mana wujudnya alien. Persoalan utama movie ini adalah kompleks antara realiti dan fiksyen sains bergabung dan menghasilkan satu entiti yang dipuja ramai. Movie ini bukanlah movie popcorn, kerana setiap sekuens yang diletakkan pasti ada penyebabnya tersendiri. Dan pengarah takkan dengan sesenang hatinya meninggalkan persoalan yang terdapat dalam movie ini tanpa jawapannya. Nescaya ramai anak muda yang sudah tidak dihidangkan lagi dengan movie Superman, akan mula menaruh minat terhadap superhero ini. Dan akhirnya dalam movie ini ditunjukkan, Clark sedar dirinya adalah Kal-El, dan alter egonya bukanlah Superman, tetapi Clark Kent.
Source:http://otakmovie.blogspot.com/2013/06/ini-superman-ke-supernolan-sebuah.html

Ini Superman ke SuperNolan? *sebuah review Man of Steel. Images

Trailer #4] Man of Steel: Zod Menghancurkan Dunia | Jagat Review
(500 x 281 - 23.68 KB - jpeg)

... News - Man of Steel Rilis Poster Henry Cavill Dalam Kostum Superman
(629 x 480 - 26.64 KB - jpeg)

Boleh.com - Cinema News - Man of Steel Rilis TV Spot Keren
(320 x 480 - 20.54 KB - jpeg)

man-of-steel-superman-2013
(653 x 408 - 48.08 KB - jpeg)

0 comments:

Post a Comment

 
pittsburghfoodforests-ESPN-blog © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top